GUNA TELEFON UNTUK BUAT DUIT

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Tuesday, December 7, 2010

Ulangkaji HBML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik

Soalan2 dan jawapan ulalangkaji.
1.  
   Apakah yg anda faham ttg laras bahasa?
Laras bahasa merupakan satu konvensi social. Laras bahasa tertenntu digunakan utk  keadaan atau situasi tertentu. Menurut Halliday, laras merupakan variasi bahasa berdasarkan penggunaannya iaitu bahasa itu diguna dlm bidang apa dan utk fungsi apa(Kamaruddin Hj hussin,1995)

2.  Apakah factor yang membezakan laras bahasa?

a). Ciri-ciri keperihalan peristiwa bahasa –dibahagikan kpd 2(Ure dan Ellis,1977)iaitu stuasi luaran iaitu latar belakang social  dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang ruang lingkupnya amat luas dan yang kedua adalah  situasi persekitaran.Situasi persekitaran adalah aspek2 yg terlibat secara langsung dlm penggunaan bahasa.Aspek2 ini menghasilkan laras yg berlainan.
b. Ciri2 linguistik yg wujud  yang bermaksud unsur2 sisitem  bahasa itu sendiri iaitu aspek binyinya, aspek perkataannya serta aspek frasa dan ayatnya. Dibahagikan kepada 3 bahagian (nik Safiah karim dan Norliza jamaluddin,2003) iaitu aspek bunyi,aspek perkataan dan aspek ayat.

3.  Senaraikan factor yang menyebabkan bahasa Melayu hadir sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah2?

Faktor2nya adalah :
·         Penggunaan Bahasa Melayu telah terbukti sebagai lingua franca di rantau ini sejak zaman Srivijaya sehingga zaman colonial lagi.
·         Penggunaan Bahasa Melayu oleh pelbagai kaum
·         Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penradbiran di negeri Melayu Bersekutu.
·         Ia dipilih kerana mudah dipelajari dan difahami
·         Ia dipilih kerana factor penyatupaduan rakyat
·         Akan mewujudkan suatu suasana kebangsaan yg melibatkan semua rakyat tanpa mengira kaum.
·         Ia penting dalam urusan pentadbiran dan sistem pendidikan Negara
·         Bahasa Melayu mempunyai ‘historicity,autonomy,ethnicity and validity’
     
4.  Apakah yang dimaksudkan dengan lingua franca?

Lingua franca membawa maksud sesuatu bahasa,cthnya bahasa melayu menjadi bahasa perantaraan utk tujuan perdagangan atau perniagaan.

5.  Huraikan maksud istilah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

Bahasa Kebangsaan adalah bahasa kepunyaan sendiri yg dikaitkan dengan semangat kebangsaan yang merupakan nyawa kepada sesebuah negara yang menjadi satu lambang penyatuan serta dapat menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. Manakala bahasa rasmi merupakan bahasa yg digunakan dalam situasi rasmi ,iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, system pendidikan Negara,urusan perdagangan dan perusahaan,upacara rasmi,kehakiman dan sebagainya.

6.    Jelaskan maksud dialeg dan dialeg geografi.
Dialeg adalah bentuk tertentu  atau variasi satu bahasa yg berhubung dgn satu kws geografi atau satu kumpulan masyarakat.
Dialeg geografi pula merupakan satu bahasa yang digunakan di setiap daerah yang mempunyai kelainan dari sudut bentuk bahasa,sebutan,intonasi,kosa kata dan fonem berdasarkan ruang geografi yang terdapat di sekitarnya.

2 comments: