GUNA TELEFON UNTUK BUAT DUIT

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Sunday, May 8, 2011

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

SOALAN ULANGLAJI SEMESTER MEI 2011

1.Apakah yang dimaksudkan dengan Kesusasteraan ?
   Kesusasteraan bermaksud semua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berguna kepada khalayak.
2. Apakah fungsi kesusasteraan?
    Kesusasteraan memberi pengetahuan,menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani ,memberi ketenangan dan
    merehatkan fikiran,dan memberi kepuasan setelah menikmati keindahan karya seni.
3. Mengapakah pengarang bersusah-payah menghasilkan karya?
    Pengarang berkarya untuk mendapatkan keseronokan, menajamkan pemikirannya,berbakti kepada
    masyarakat, dan menyara kehidupannya.
4. Apakah 5 aspek penting dalam ciri2 kesusasteraan?
    Lima aspek penting dalam ciri2 kesusasteran adalah lisan,tulisan,kreatif,bukan kreatif dan estetika.

5. Senaraikan empat genre yg terikat.

i.                     Berzanzi
ii.                   Ghazal
iii.                  Masnawi
iv.                 Rubai
v.                   Nazam
vi.                 Gurindam
vii.                Syair
viii.              Pantun
ix.                 Qit’ah

6. Nyatakan empat jenis syair.
i.                     Syair agama
ii.                   Syair romantic
iii.                  Syair sejarah
iv.                 Syair kiasan

7. Nyatakan 2 subgenre epik  dlm kssastera’n  M’yu Tradisional.
 Genre epic juga dikenali sebagai  sastera  kepahlawanan . Fokus utamanya ialah nilai  pahlawan dan keperibadian mulia ssorg wtk.
2 subgenre epic adalah:
i.       Epik kebangsaan
ii.     Epik Melayu -Islam

8. Apakah fungsi Sastera Ketatanegaraan dan Sastera Undang2 kepada M’kat M’yu lama?
Sastera Ketatanegaraan  bksud karya sastera yg  mengadungi unsure aturan,kaedah cara2 yg ptg dalam pemerintahan dan kerajaan yg berfungsi sbg  pemberi maklumat ttg  tatacara pemerintahan dan tgjwb semua  pihak di dlm ssbuah negeri.
Sastera Undang2 ialah keseluruhan peraturan  yg digubal olh krjaan dan mesti dipatuhi olh m’kat berkenaan. Ia  mengemukakan peraturan yg perlu dipatuhi  olh anggota m’kat  bdsrkan adat resam yg dipegang olh  mereka secara turun-temurun.
9. Senaraikan ciri2 karya Abdullah Munsyi.

Abdullah Munsyi tlh diiktiraf sbg pelopor Kesusasteraan Melayu Moden.Beliau tlh memulakan penulisan corak baru yg menyimpang drpd tradisi sblmnya. Ciri2 penulisannya ialah:
i.                    X lagi berkisar di istana.
ii.                  X juga mengandungi mitos dan lagenda.
iii.                X terbina atas khayalan melulu
iv.                Tlh berhenti mengagung-agungkan golongan istana dan bangsawan.
 10. Nyatakan empat faktor yg tlh menyuburkan  penulisan cerpen.
i.                    Wadah
ii.                  Institusi sastera
iii.                Institusi pendidikan
iv.                sayembara 

11. Senaraikan empat bentuk wayang kulit.
Wyg kulit merupakan btk drama yg tertua di Tanah Melayu: Empat btk wyg kulit adalah:
i.                    Wyg Kulit Kelantan
ii.                  Wyg  Melayu
iii.                Wyg  gedek
iv.                Wyg Purwa
 12. Huraikan  Ciri2 wyg kulit Kelantan.
Wyg kulit Kelantan berdasarkan Hikayat  Seri Rama yg disadur drpad epic Ramayana. Persembahannya menggunakan patung yg diukir  dan alat muzik. Bahasa yg digunakan ialah Bahasa Melayu Petani.

13. Apakah perubahan yg dibawa olh Dardanella dan Bolero terhadap seni bangsawan?
Dardanella dan Bolero adalah kumpulan bangsawan dari Indonesia yg dtg ke Tanah Melayu.Kumpulan2 ini tlh memperkenalkan drama sandiwara  yg  ceritanya berpijak di bumi nyata.

14. Apakah yg dimaksudkan dgn sajak kabur?
Sajak kabur  diwujudkan oleh dua aliran yg mula menyimpang jauh antara satu sama lain.Pihak pertama ialah Othman awg dan Masuri S.N yg mementingkan isi,pgunaan bhs yg sgt biasa dan mudah difahami khalayak.pihak kedua ialah Noor S.I,A.s Amin dan M. Ghazali membuat pembaharuan melalui pgunaan symbol dan imej yg terkeluar drpd kebiasaan dlm 
sajak mereka.

15. Namakan kumpulan sajak 3V yg dihasilkan olh A. Ghafar Ibrahim.
Sajak 3V ialah sajak yg mengandungi  vokal,verbal dan visual yg dihasilkan oleh A. Ghafar Ibrahim iaitu kumpulan Tan Sri Bulan(1976) dan  Tak Tun (1978).

16. Jelaskan kategori 2 drama moden di Malaysia.

17.Apakah yg anda faham dgn teori kesusasteraan?
Menurut  Kerlinger= teori  : satu himpunan konsep,definisi dan saranan yg berkaitan antara satu sama lain
Suhaimi Abdul Aziz merumuskan = teori  pada dasarnya adalah satu set dakwaan  atau prinsip  ttg ssuatu fenomena.
 Hashim  Awang menyimpulkan erti  kesusasteraan  sbg ciptaan seni yg berfaedah kpd khalayak  dan disampaikan melalui bahasa.
“Teori  Kesusateraan “ bermaksud  prinsip asas yg mendasari pengetahuan dan  perkembangan  ssuatu fenomena (ciptaan seni) melalui penggunaan bahasa yg mengutarakan ssuatu yg berguna kpd khalayak

18. Bandingkan  teori peniruan dengan teori mimesis?
Teori Peniruan
Plato di dlm republiknya  tlh merendahkan martabat karya sastera sbg suatu peniruan.
-proses peniruan ini tlh hasil seni itu terpisah jauh drpd kbenarn.
-dianggap teori kesusasteraan yg tertua yg berusaha utk mhurai’n  karya kreatif.
-plato beranggapan bhw  apa yg melalui proses peniruan thdp benda yg benar itu m,hsil,n ssutu yg palsu.
Teori Mimesis
Mimesis – penyalinan yg lbh kreatif
-          Aristotle menyanggah pendapat Plato meskipun dia setuju bahawa karya itu satu peniruan ttp peniruan itu didorong  olh naluri semula jadi  yg ada dlm diri m’sia.
-          Pengkarya bertindak mengubah /mencipta semula k’hidup’n.
-          Karya  Aristotle berjudul Poetic termuat pandangan mimesis ini.

19. Apakah yg  dimaksudkan dgn teori resepsi?
Pelopor – Leo Lowenthal stlh meneliti karya2 Rostoyerski yg ditulis antara thn 1880 – 1920.
Tujuan – utk mengetahui thp penerimaan m,kat Jerman thdp karya yg diteliti.

20. Apakah yg dimaksudkan dgn gaya bahasa?
_ pemindahan semua unsur bahasa  yg dimiliki pengarang utk menerang semula idea2 pemikirannya ttg p’soal’n dan permasalahan yg m,jdi renungannya.Ini bagi meyerlahkan lagi  idea did lm pemikirannya menjadi karya sastera yg indah dan bermakna.

21. Apakah yg dimaksudkan dgn nada did lm ssbuah puisi?
-          Hasil drpd motivasi yg ada dlm diri pengarang yg membicarakan sikap atu sudut pandangan pengarang semasa berhadapan dgn subjek dijadikan fokus karyanya.
-          Cth: nada protes jika pengarang didorong olh perasaan marah dan ingin melawan.
-          Sini =jika tdk senang dgn ssuatu./jika sedih  bernada melankolis,jika rindu nostagis ,jika tenang /berada di tmpt yg indah/ketika mengasihi ssorg bernada romantis. 

22. Bezakan watak protogonis dan watak antogonis.
Protogonis – watak utama yg baik
Antogonis – watak jahat /bertentangan pendapat dgn watak protogonis sehingga mencetuskan ssuatu konflik dlm cereka.

23.Namakan empat kategori watak dlm cereka.
Watak- tenaga yg dipertentangkan di dlm pertembungan /konflik dlm ssbuah cereka.
Empat kategori watak ialah:
i.                    Watak utama
ii.                  Watak sampingan
iii.                Watak berperikemanusiaan
iv.                Watak tdk berperikemanusiaan

24. Apakah fungsi persoalan dlm ssbuah karya sastera?
Persoalan- hal2 yg dipersoalkan olh pengarang utk mengiringi dan mengukuhkan ide utamanya

25. Plot (galur cerita)-penceritaan peristiwa yg b’asas’n sbb musabab.


26.Nyatakan jenis2 tulisan yg digunakan di Alam Melayu sblm tulisan Jawi.
Btknya ilh rencong,kawi9huruf Jawa Kuno),nagari dn pallava.

27. B/gmana  tulisan Jawi dan tulisan Rumi masuk ke Alam Melayu?
Tulisan Jawi –setelah kehadiran agama Islam yg dibawa olh pedagang Arab yg berasaskan huruf Arab. Buktinya batu Bersurat Terengganu
Tulisan Rumi – stlh pengaruh  Cina,India,Portugis(1511) dan pemerintahan  Inggeris  bertapak di Tanah Melayu

28.Apakah yg dimaksudkan dgn animisme?
- satu btk kepercayaan yg tdpt dlm ssbuah m’rakat
-istilah animisme diperkenalkan olh E.B Taylor yg berasal dr kata ‘anima’dlm bhs Latin.
-keprcayaan kpd makhluk halus dan roh merupakan kepercayaan beragama  yg mula2 tumbuh dlm pemikiran manusia primitive.
- kepercayaan kpd makhluk halus dan semangat.
   29.  Apakah yg dimaksudkan kebudayaan kebangsaan?
Kebudayaan Kebangsaan merupakan cara hdp yg dikongsi bersama olh seluruh rakyat Malaysia  yg bermatlamat utk membentuk identity nasional dan perpaduan.Ciri2nya berteraskan Kebudayaan Melayu,menerima unsur2 lain yg wajar dan Islam menjadi unsur yg utama.


p/s Dah siap...............moga membantu dan dpt dimanfaatkan kekawan semua....SELAMAT BERJUANG..TAHNIAH PADA YG BERJAYA...

3 comments: