1. Proses kerja
2. Pengendalian bahan
3. penggunaan media
4. Kemahiran kritikal
5. Peringkat-peringkat perkembangan peribadi
1. Proses kerja
-proses menghasilkan kerja-kerja seni - terkandung di dalamnya aspek-aspek penting dalam perkembangan artistik ketika menghasilkan kerja-kerja seni seperti perkembangan idea,menukah-ubah design, menokok-tambah dan membaiki sesuatu dalam proses penghasilan kerja atau pruduk akhir seni.
2. Pengendalian bahan
- tahu samada pelajar telah menunjukkan perkembangan dalam pengurusan kepelbagaian bahan ketika menghasilkan seseuatu produk seni.
- tahu setakat mana pelajar berupaya mengurus bahan untuk akt. catan umpamanya atau b/mana k'upayaa'n pelajar menggunakan gunting utk m'gunting sstu motif.
-guru dpt merapatkan hubungan antara keinginan pelajar menghasilkan sesuatu bentuk seni dengan kemahirannya mengguna alat dan bahan. Dengan ini dapat menghilangkan rasa kecewa atau sukar ketika mereka melalui proses kerja seni tersebut.
3. penggunaan media
- mengenalpasti sejauh manakah pelajarnya telah memahami dan menguasai media yang mereka gunakan. Sebagai contoh bolehkah pelajar membancuh warna untuk menghasilkan bentuk dan bayang. Bolehkah mereka mengguna tanah liat untuk membuat design sesuatu model. Bolehkah mereka menggunakan warna untuk menghasilkan corak, jalinan, dan sebagainya.
4.Kemahiran mengkritik:
-Katogeri ini berkaitan dengan kemahiran pelajar mendiskriminasi apabila berhadapan dan menganalisis sesuatu bentuk seni. Pelajar bukan sahaja menghasilkan bentuk seni tetapi mereka memperkembangkan keupayaan untuk membuat diskriminasi antara satu bentuk dengan satu bentuk seni yang lain , antara satu warna dengan satu warna yang lain. Melihat persamaan dan perbezaan di antara unsur-unsur seni dan pengolahannya, serta gaya yang digunakan oleh para seniman. Pelajar juga akan memperlihatkan keupayaannya menganalisis persekitaran secara kritikal. Kemahiran mengkritik secara kritikal ini termasuk juga penilaian-kendiri (self-assessment).
5.Peringkat perkembangan peribadi pelajar:
-perlu mengambil kira dan mengetahui tahap-tahap perkembangan peribadi pelajarnya berdasarkan umur. Eisner (1972) menyatakan tahap-tahap perkembangan ini adalah sebagai indikator kepada guru supaya apa yang pelajar lalui itu sesuai dengan alat dan bahan yang disediakan atau sebaliknya. Indikator itu tidaklah digunakan secara rigid. Yang diutamakan ialah guru dapat melihat sejauh manakah cirri-ciri perkembangan telah berlaku pada pelajarnya melalui aktiviti seni yang disediakan berbanding dengan tahap perkembanganyang sepatutnya. Sejauh manakah guru dapat mengesan perkembangan pelajar dari aspek sikap peribadinya terhadap kerja seninya dan kerja seni rakan-rakan sebayanya? Sejauh manakah pelajar boleh menerima kritikan atau pandangan rakannya terhadap kerja-kerjanya ?Apa yang dinyatakan di atas adalah sebagai asas untuk guru jadikan panduan bagi membuat sesuatu penilaian dalam pendidikan seni khususnya untuk pelajar sekolah rendah.
No comments:
Post a Comment