GUNA TELEFON UNTUK BUAT DUIT

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Sunday, December 19, 2010

SOALAN DAN JAWAPAN HBML3303

1.Terangkan maksud psikologi dan linguistik.
psikologi ; ilmu disiplin yg mgngkaji akal budi yg berkaitan jiwa dan t/laku manusia.
linguistik; mengkaji bahasa dan cara bahasa berfungsi

2. Apakah dua istilah di dalam set rumus ttg bahasa yg dipelajrai mengikut pendapat Chomsky?
- kompeten -sistem rumus yg mampu menghasilkan kalimat yg tak terbatas.
                   - pengetahuan penutur mengenai bahasa
-perstasi - bunyi yg dilafazkan -bunyi2 brmakna dan dpt difahami oleh pendengar.

3. Nyatakan konsep pemerolehan bahasa.
-proses yg berlaku dlm otak ssorg knk2 sewaktu mmeperolehi bahasa ibundanya.
-pembelajran bahasa pertama

4. Nyatakan dua peringkat dlm penglahiran pertuturan.
i. Asosiasi perkataan - berlaku apabila ssorg bertindakbalas terhadap ransangan
ii. penglahiran leksikal-model serial=mencari padanan  / model search = mengakses leksis

5. Jelaskan du skop semantik.
i. penamaan -mmebri nama kepada semua benda
ii. konsep

6. Apakah  maksud realiviti bahasa?
- fahaman linguistik yg menyatakan bahawa bahasa penutur menentukan pandamgan dunianya melalui tatbahasa dan klasifikasi semantik yg wujud dlm sistem bahasa dan budaya yg diwarisinya.

7.Tunjukkan dua contoh medan makna.
medan makna - satu set perkataan yg mempunyai pertalian rapat yg blh dikenalpasti.
                      -ada makna inti dan makna sampingan
cth - sapi --- tanduk,ekor,jantan,kunyah
      -baju ---- cantik,merah,kebaya,kurung,kemeja

8. tunjukkan DUA contoh ayat yg memaparkan sinonim kolokasi.
Kolokasi ialah  hubungan kekdudukan atau kewujudan/kewujudan antara satu perkataan dgn satu perkataan yang lain dalam susunan.
contoh. lazat - makanan : Lazatnya makanan yang dihidangkan di atas meja itu.
            jelita - wajah :    Jelitanya wajah anak gadis Encik Tamin.

9. Nyatakan dua aspek di dlm analisis tatabhasa kasus.
i. kelas kata/kategori kata
ii. bentuk jelmaan kasus

10. Nyatakan maksud pendekatan dan kaedah pengajaran.
Pendekatan _ satu set andaian yg saling berkaitan berkaitan dgn proses pengajaran yg diamalkan dlm pembelajaran sesuatu mata pelajaran supaya sedsuai dgn tahap pembelajaran.

kaedah - merujuk satu set siri tindakan guru yg sistematik utk mendapatkan maklumat berguna dlm menentukan pencapaian ssuatu objektif  P & P.

11. apakah maksud teori huraian bahasa?
-pendapat/pandangan yg dikemukakan dlm bidang bahasa
-pendapat/pemikiran tokoh2 ttg huraian bahasa.

12. Empat teori huraian bahasa:
1. Teori tradisional(Padini)
2. Terori fungsional (Halliday)
3. Struktural (Bloomfield)
4. Transomasi Generatif (Choomsky)

13. Huraikan teori pemerolehan bahasa yg diperkenalkan oleh Choomsky secara ringkas.
_transformasi generatif
- manusia dilahirkan dgn kecekapan berbahasa secara semula jadi.
-penutur natif berkebolehan utk mbtk 7 memahami pertuturan yg baharu
-terbetk rumus2 bahasa secara transformasi yg lengkap berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu.

Saturday, December 18, 2010

Semantik

Semantik
1. Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang
semantik.
2. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.
3. Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan
keperibadian manusia.
4. Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak
kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya.
5. Kajian mengenai makna kata dapat dibahagikan kepada aspek-aspek berikut:
a. makna denotasi dan dan makna konotasi
b. Makna dalam konteks
c. Hubungan makna dengan kebudayaan
d. Perubahan makna
e. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
6. Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat .
7. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks.
8. Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna
perkataan.
9. Otak kita menjadi stor kepada kata -kata yang bermakna ini .
10. Storan maklumat serta morfem ini k ita panggil leksikon atau kosa kata.
11. Lihat contoh ayat berikut: Ayah saya pemandu.
Kata ayah saya pemandu
(i) manusia (i) ganti nama (i) manusia
(ii) lelaki (ii) manusia (ii) membawa kenderaan
(iii) dewasa (iii) orang yang berkata (iii mempunyai lesen
Ciri-ciri
(iv) bapa kepada anak
12. Ciri ialah maklumat tentang semantik perkataan.
13. Ciri semantik kata ini terdapat dalam leksikon seseorang.
14. Satu lagi ciri semantik ialah rujukan.
15. Teliti ayat berikut: Orang itu pengarah syarikat. Orang itu abang saya.
16. Sungguhpun kedua-dua ayat di atas berlainan maknanya, tetapi kedua -dua ayat membuat
rujukan yang sama kepada orang yang sama.
17. Rujukan seperti ini penting kerana kerana tiada rujukan, ujaran berkenaan tidak akan
difahami sungguhpun ujaran berkenaan diun gkapkan menurut peraturan tatabahasa
bahasa Melayu.
2
Makna denotasi dan konotasi
 Denotasi ialah makna tersurat .
Ayam tambatan: Ayam yang ditambat atau diikat dengan tali atau lain -lain alat pengikat.
 Konotasi pula ialah makna tambahan, atau makna tersirat.
Contoh:
Ayam tambatan: Orang harapan/penting di dalam satu kumpulan, pasukan.
 Terdapat kata-kata sinonim (seerti) yang mempunyai makna denotasi yang sama, tetapi
makna konotasi yang berbeza.
Contoh:
Kata wafat, mati, meninggal dunia, mampus membawa maksud denotasi yang sama iaitu jasad
dan roh terpisah.
 Akan tetapi, dari segi denotasi, wafat untuk tokoh-tokoh ulama terhormat dan disegani,
meninggal dunia untuk sebutan yang sopan, mati untuk sebutan umum dan mampus untuk
sebutan yang lebih kasar.
Makna dalam konteks
 Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks
penggunaannya.
Contoh:
1. Awak betul-betul hati batu ( hati membawa maksud degil, tetap pendirian)
2. Sedap betul makan hati dengan nasi beriyani. (Hati memb awa maksud organ haiwan yang
menjadi hidangan yang menyelerakan)
3. Berhati-hati di jalan raya. (Hati bermaksud berwaspada di jalan raya bagi mengelakkan
kemalangan).
Hubungan makna dengan kebudayaan
 Penggunaan dan pemilihan perkataan juga berhubung dengan kebudayaan sesuatu
masyarakat.
 Contoh:
a. Engkau/kau: digunakan dalam hubungan yang rapat yang tidak formal dan untuk
menimbulkan kemesraan.
b. Awak/anda: Digunakan dalam hubungan biasa (anda lebih rasmi).
c. Tuanku: Digunakan oleh orang biasa untuk merendah di ri apabila berhubung dengan
golongan raja.
3
Perubahan makna
 Makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan
hubunan sosial masyarakat.
 Contoh:
rawat: Makna umum menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna baru me liputi
merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri).
 Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik
 Bentuk-bentuk makna kata yang timbul daripada hubungan semantik ialah sinonim,
antonim, hiponim, meronim, polise mi, homonim, homofon dan homograf.
 Sinonim - kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
Contoh:
sang suria = matahari hangat = panas
 Antonim - merujuk kepada perkataan -perkataan yang mempunyai makna yang
berlawanan.
Contoh:
Pandai lawannya bodoh Putih lawannya hitam.
 Hiponim - kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.
Contoh:
- kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang)
- Perabot ( katil, meja, almari, meja kopi, meja makan)
 Meronim - Meronim ialah perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada.
Contoh: stereng, engin, karburator, kusyen, cermin, menjadi meronim kepada perkataan
kereta.
 Polisemi - satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak.
Contoh: Kata mentah mempunyai set makna yang berikut:
I. Belum masak atau masih muda/putik ( buah-buahan)
II. Tidak masak betul (barang yang dimasak)
III. Tidak atau belum dimasak (barang makanan)
IV. Belum diproses (bahan galian dan sebagainya)
V. Belum matang pemikiran.
4
 Homonim - Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi
sebutan, ejaan, atau kedua-duanya, dan mempunyai makna yang berbeza.
Contoh:
pasang I - jodoh atau kelamin
pasang II - naik atau bertambah (air laut)
pasang III - tembak (meriam)
pasang IV - berhias (badan)
 Homonim terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
I. homofon - kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna.
contoh: massa denan masa
II. homograf - kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza.
Gejala ini timbul kerana huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e-pepet.
Contoh:
semak (belukar) dengan semak (meneliti atau memeriksa semula).
bela-memelihara bela-menuntut bela/balas
pelekat-kain sarung pelekat-gam
 Homonim - mempunyai sebutan dan ejaan yang serupa.
contoh:
daki I - kotoran daki II - panjat
Perubahan Makna
Makna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih sempit.
Berlaku juga pemindahan makna seperti yang berlaku bagi simpulan bahasa dan peribahasa.
Oleh itu makna mengalami peluasan makna, penyempitan makna, atau pemindahan makna.
i. Peluasan makna
Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi makna sesuatu
kata.
Contoh: saudara, anda, kapal
ii. Penyempitan makna
Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, konte ks dan pengetahuan boleh
menyempitkan makna sesuatu kata seh ingga menjadi khusus.
Contoh: madrasah, khalwat, tuan
iii. Pemindahan makna
Pemindahan makna berlaku dalam bahasa kiasan.
Bahasa kiasan dapat dibahagikan kepada peribahasa dan bukan peribahasa.

Tuesday, December 7, 2010

Ulangkaji HBML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik

Soalan2 dan jawapan ulalangkaji.
1.  
   Apakah yg anda faham ttg laras bahasa?
Laras bahasa merupakan satu konvensi social. Laras bahasa tertenntu digunakan utk  keadaan atau situasi tertentu. Menurut Halliday, laras merupakan variasi bahasa berdasarkan penggunaannya iaitu bahasa itu diguna dlm bidang apa dan utk fungsi apa(Kamaruddin Hj hussin,1995)

2.  Apakah factor yang membezakan laras bahasa?

a). Ciri-ciri keperihalan peristiwa bahasa –dibahagikan kpd 2(Ure dan Ellis,1977)iaitu stuasi luaran iaitu latar belakang social  dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang ruang lingkupnya amat luas dan yang kedua adalah  situasi persekitaran.Situasi persekitaran adalah aspek2 yg terlibat secara langsung dlm penggunaan bahasa.Aspek2 ini menghasilkan laras yg berlainan.
b. Ciri2 linguistik yg wujud  yang bermaksud unsur2 sisitem  bahasa itu sendiri iaitu aspek binyinya, aspek perkataannya serta aspek frasa dan ayatnya. Dibahagikan kepada 3 bahagian (nik Safiah karim dan Norliza jamaluddin,2003) iaitu aspek bunyi,aspek perkataan dan aspek ayat.

3.  Senaraikan factor yang menyebabkan bahasa Melayu hadir sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah2?

Faktor2nya adalah :
·         Penggunaan Bahasa Melayu telah terbukti sebagai lingua franca di rantau ini sejak zaman Srivijaya sehingga zaman colonial lagi.
·         Penggunaan Bahasa Melayu oleh pelbagai kaum
·         Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penradbiran di negeri Melayu Bersekutu.
·         Ia dipilih kerana mudah dipelajari dan difahami
·         Ia dipilih kerana factor penyatupaduan rakyat
·         Akan mewujudkan suatu suasana kebangsaan yg melibatkan semua rakyat tanpa mengira kaum.
·         Ia penting dalam urusan pentadbiran dan sistem pendidikan Negara
·         Bahasa Melayu mempunyai ‘historicity,autonomy,ethnicity and validity’
     
4.  Apakah yang dimaksudkan dengan lingua franca?

Lingua franca membawa maksud sesuatu bahasa,cthnya bahasa melayu menjadi bahasa perantaraan utk tujuan perdagangan atau perniagaan.

5.  Huraikan maksud istilah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

Bahasa Kebangsaan adalah bahasa kepunyaan sendiri yg dikaitkan dengan semangat kebangsaan yang merupakan nyawa kepada sesebuah negara yang menjadi satu lambang penyatuan serta dapat menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. Manakala bahasa rasmi merupakan bahasa yg digunakan dalam situasi rasmi ,iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, system pendidikan Negara,urusan perdagangan dan perusahaan,upacara rasmi,kehakiman dan sebagainya.

6.    Jelaskan maksud dialeg dan dialeg geografi.
Dialeg adalah bentuk tertentu  atau variasi satu bahasa yg berhubung dgn satu kws geografi atau satu kumpulan masyarakat.
Dialeg geografi pula merupakan satu bahasa yang digunakan di setiap daerah yang mempunyai kelainan dari sudut bentuk bahasa,sebutan,intonasi,kosa kata dan fonem berdasarkan ruang geografi yang terdapat di sekitarnya.

Monday, December 6, 2010

Soalan dan jawapan HBML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik

BAHAGIAN A

SOALAN

1. Nyatakan dua  bidang kajian linguistik.
i. Fonetik dan fonologi - semua bunyi yang dihasilkan merupakan bidang kajian  ilmu fonetik dan fonologi
                      fonetik - meneliti bunyi bahasa menurut cara sebutannya dan sifat akuastiknya.
                      fonologi- meneliti bunyi2 bahasa tertentu mengikut fungsi,susunan dan strukturnya
ii. morfologi - Nik Safiah karim et.al.(1993) -morfologi sebagai satu bidang bahasa yg mengkaji  
                      struktur,bentuk  dan penggolongan kata
iii. sintaksis - kajian pembentukan ayat

2. Huraikan dua bahasa perbandingan dalam kajian stilistik.
    i. simile - perbandingan secara eksplisit dan dijelaskan. Penggunaan kata 'seperti','ibarat','bak','umpama'
                 dan  sebagainya.
                Contohnya:
                            a) Seperti seekor rerama terbang.
                            b) Bagikan mahu terkeluar biji matanya.
    ii. personafikasi - perlambangan sifat2 yang diberikan kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yg
                              abstrak.Perkataan personafikasi (personafication) berasal daripada bahasa Yunani
                             (prosopopoeia).
3. Nyatakan dua contoh bahasa isyarat.
  i. gerak-geri anggota badan
 ii. air muka
 iii. nada dan tekanan suara.

4. Nyatakan dua ciri perbezaan antara bahasa baku dan bahasa basahan.
    i. Perkataan berbeza untuk makna yang serupa cth : B.baku- bagaimana  B. Basahan-macam mana
   ii. Bentuk kependekan Contoh : hendak -nak,tidak-tak
   iii. Perubahan bunyi . Contoh : ambil-ambik, kecil-kecik

5. Jelaskan dua ragam bahasa yang menjdi bidang kajian sosiolinguistik.
i. Bahasa formal - bahasa yg digunakan dalam situasi rasmi
                         - mengambil kira sebutan,intonasi,pilihan prkataan,nahu,penggunaan peribahasa dan budaya
                           sesuatu bahasa itu sepenuhnya.
                          - merujuk kepada penggunaan bahasa yg lebih teratur, lengkap dan memerlukan strategi
                            pertuturan utk mberi gambaran yg beradat dan hormat dalam konteks yg formal.
ii. Bahasa tidak Formal - bahasa yg digunakan dlm situasi tidak rasmi.
                                    - dpt dilihat melalui cirinya yg ketara,iaitu percampuran kod.

6. Bincangkan dua peranan bahasa Melayu sbg bahasa rasmi di Malaysia.
i. membentuk perpaduan - penggunaan satu bahasa iaitu BM oleh berbilang bangsa dpt mengeratkan
                                         perhubungan di antara satu sama lain.
ii Bahasa utama negara - bahasa yg digunakan dlm urusan pentadbiran  kerajaan,sistem pendidikanan,urusan
                                      perniagaan dan upacara2 rasmi.

7. Berikan dua ciri penting BM dikenali sebagai lingua franca.
 i. bahasanya mudah, senang,tanpa imbuhan
ii. ayatnya pendek
iii. mudah difahami oleh penerima
iv. digunakan utk tujuan tertentu
v. digunakan untuk sementara waktu,buat ketika yg diperlukan
vi. nahunya tidak menentu,tidak dapat dinyatakan dgn sahih

8. Nyatakan dua peraturan yg menjadi pedoman mengeja ejaan baku yang betul.
i. keselarasan vokal
ii. kekecualian keselarasan vokal
iii. perkataan pinjaman,khususnya drpd BI
iv. partikal

9. Fungsi bahasa iklan adalah utk mempengaruhi pengguna. Berikan dua cara yang berkesan.
i. mempunyai slogan
ii. menyatakan secara langsung tujuan pengiklanan-(kaedah pernyataan)
iii. ada kaitan konsep
iv. umpanan  - merancang strategik yg menarik /memperdayakan pelanggan
v. pesanan(menyertakan borang)
vi. bandingan - membandingkan sesuatu barangan dengan barangan lain.
vii. gesaan
vii.  pertanyaan - salah satu teknik laras bahasa iklan\
s

BAHAGIAN B

SOALAN
1. Struktur bahasa terdiri daripada fonem,morfem,kata,frasa,klausa,ayat dan wacana.

a) Berikan definisi dan ciri-ciri wacana yang utuh.

Definisi wacana ialah  :- unit bahasa yang melebihi batas ayat.
                                  - terdiri daripada ayat,sejumlahbayat,susunan ayat,ceraian bab,buku,dialog,siri buku
                                    dsbnya yg memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan.
Ciri-ciri  : - Menurut Beaugrande & Dreesier (1981) 7 ciri ketekstualan yg perlu dipenuhi utk m'hasil'n
                 wacana yg utuh adalah :-
 i. Tautan/kohesi -keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dgn unsur linguistik yg lain.
ii. Runtutan/koheran - kesinambungan idea yg t'dpt dlm ssebuah wacana sehingga m'jadi' sesebuah teks itu
                                 bermakna.
iii. Tujuan  - ditentukan oleh penghasil wacana tersebut
                 - perlu mempunyai tujuan utk menimbulkan interaksi yg komunikatif.
iv. penerimaan -perlu m'punyai iaitu oleg pendengar dan pembaca
v. maklumat - blh dibahgikan kepada 2: - maklumat baru dan maklumat lama.
vi. keadaan - sesuai dgn keadaan- oleh itu pemilihan perkataan,frasa dan ayat adalah penting.
vii. interaks - bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yg lain.

b) Jelaskan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam mengembangkan  dan memajukan bahasa.


peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam mengembangkan dan memajukan bahasa adalah  menrbitkan buku2 terutamanya buku teks sekolah,buku tatabahasa,dan bacaan umum/majalah. Justeru itu puluhan ribu buku teks sekolah dan bacaan umum telah diterbitkan sejak 50 tahun lalu.
DBP juga sehingga hari ini berjaya mencipta hampir satu juta istilah dalam pelbagai bidang dan ilmu merupakan bukti peranannya sebagai pembina dan memperkayakan bahasa kebangsaan.
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul memandangkan pada masa kini bahasa rojak atau bahasa sms semakin berleluasa digunakan.

                    

#* Lum siap yg lain coming soon..***

Wednesday, July 28, 2010

KOYOK KAKI BUANG TOKSIT


KOYOK KAKI HILANGKAN TOKSIN


 

TANDA-TANDA BANYAK TOKSIN
·         kerap sakit kepala atau migrain?
·         sembelit atau susah buang air besar?
·         masalah jerawat yang tidak pernah sembuh?
·         terasa banyak angin dalam badan?
·         lemah, letih, lesu dan tidak bermaya?
·         susah turunkan berat badan walaupun berdiet?
·         susah bangun tidur atau tidur tidak nyenyak?
·         alergik dan alahan?

Fungsi-fungsi Foot Detox Patc
* membuang tksin dalam badan,air berlebihan dan membuang bau kaki

  • Membuatkan badan menjadi lebih bertenaga
  • Mengurangkan allergic, sakit sendi,
  • Mengurangkan Sakit kepala, migrain atau tekanan kerja
  • Menormalkan tekanan dan aliran darah
  • Menguatkan sistem immune badan
    Melegakan sakit tumit & tapak kaki
  • Mengurangkan sembelit, Kembung perut
  • Membantu masalah jerawat/resdung
  • Mengurangkan Diabetes, Kegemukan
  • Mengatasi masalah sukar tidur
  • Berpanjangan penggunaan ubat
  • Bekerja dengan bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dll
  • Menyegarkan ketika bangun dari tidur
Cara pakai:
1) Buka pelekat.
2) Lekatkan bahagian yang bertulis di pelekat.
3) Pastikan bahagian yang berherba mengadap telapak kaki anda.
4) Minimum: 4 jam, Maksimum: 8 jam

Untuk kesan yang optimum
Anda disaran untuk memakai FOOT DETOX PATCH selama 1 bulan atau sehingga warna hitam pada pelekat berkurangan atau hilang.

Amaran !!, peringatan dan Cara simpan
* Untuk Kegunaan LUAR sahaja
* Jangan digunakan pada bahagian yang luka,  atau mempunyai kulit yang sensitif
* Jauhkan dari kanak-kanak Foot Patch yang Belum @ Telah digunakkan
* Wanita mengandung/menyusu bayi tidak digalakkan menggunakan Foot Patch ini
 BERMINAT?
SILA HUBUNGI: 0138004963