GUNA TELEFON UNTUK BUAT DUIT

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Saturday, December 18, 2010

Semantik

Semantik
1. Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang
semantik.
2. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.
3. Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan
keperibadian manusia.
4. Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak
kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya.
5. Kajian mengenai makna kata dapat dibahagikan kepada aspek-aspek berikut:
a. makna denotasi dan dan makna konotasi
b. Makna dalam konteks
c. Hubungan makna dengan kebudayaan
d. Perubahan makna
e. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
6. Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat .
7. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks.
8. Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna
perkataan.
9. Otak kita menjadi stor kepada kata -kata yang bermakna ini .
10. Storan maklumat serta morfem ini k ita panggil leksikon atau kosa kata.
11. Lihat contoh ayat berikut: Ayah saya pemandu.
Kata ayah saya pemandu
(i) manusia (i) ganti nama (i) manusia
(ii) lelaki (ii) manusia (ii) membawa kenderaan
(iii) dewasa (iii) orang yang berkata (iii mempunyai lesen
Ciri-ciri
(iv) bapa kepada anak
12. Ciri ialah maklumat tentang semantik perkataan.
13. Ciri semantik kata ini terdapat dalam leksikon seseorang.
14. Satu lagi ciri semantik ialah rujukan.
15. Teliti ayat berikut: Orang itu pengarah syarikat. Orang itu abang saya.
16. Sungguhpun kedua-dua ayat di atas berlainan maknanya, tetapi kedua -dua ayat membuat
rujukan yang sama kepada orang yang sama.
17. Rujukan seperti ini penting kerana kerana tiada rujukan, ujaran berkenaan tidak akan
difahami sungguhpun ujaran berkenaan diun gkapkan menurut peraturan tatabahasa
bahasa Melayu.
2
Makna denotasi dan konotasi
 Denotasi ialah makna tersurat .
Ayam tambatan: Ayam yang ditambat atau diikat dengan tali atau lain -lain alat pengikat.
 Konotasi pula ialah makna tambahan, atau makna tersirat.
Contoh:
Ayam tambatan: Orang harapan/penting di dalam satu kumpulan, pasukan.
 Terdapat kata-kata sinonim (seerti) yang mempunyai makna denotasi yang sama, tetapi
makna konotasi yang berbeza.
Contoh:
Kata wafat, mati, meninggal dunia, mampus membawa maksud denotasi yang sama iaitu jasad
dan roh terpisah.
 Akan tetapi, dari segi denotasi, wafat untuk tokoh-tokoh ulama terhormat dan disegani,
meninggal dunia untuk sebutan yang sopan, mati untuk sebutan umum dan mampus untuk
sebutan yang lebih kasar.
Makna dalam konteks
 Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks
penggunaannya.
Contoh:
1. Awak betul-betul hati batu ( hati membawa maksud degil, tetap pendirian)
2. Sedap betul makan hati dengan nasi beriyani. (Hati memb awa maksud organ haiwan yang
menjadi hidangan yang menyelerakan)
3. Berhati-hati di jalan raya. (Hati bermaksud berwaspada di jalan raya bagi mengelakkan
kemalangan).
Hubungan makna dengan kebudayaan
 Penggunaan dan pemilihan perkataan juga berhubung dengan kebudayaan sesuatu
masyarakat.
 Contoh:
a. Engkau/kau: digunakan dalam hubungan yang rapat yang tidak formal dan untuk
menimbulkan kemesraan.
b. Awak/anda: Digunakan dalam hubungan biasa (anda lebih rasmi).
c. Tuanku: Digunakan oleh orang biasa untuk merendah di ri apabila berhubung dengan
golongan raja.
3
Perubahan makna
 Makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan
hubunan sosial masyarakat.
 Contoh:
rawat: Makna umum menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna baru me liputi
merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri).
 Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik
 Bentuk-bentuk makna kata yang timbul daripada hubungan semantik ialah sinonim,
antonim, hiponim, meronim, polise mi, homonim, homofon dan homograf.
 Sinonim - kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
Contoh:
sang suria = matahari hangat = panas
 Antonim - merujuk kepada perkataan -perkataan yang mempunyai makna yang
berlawanan.
Contoh:
Pandai lawannya bodoh Putih lawannya hitam.
 Hiponim - kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.
Contoh:
- kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang)
- Perabot ( katil, meja, almari, meja kopi, meja makan)
 Meronim - Meronim ialah perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada.
Contoh: stereng, engin, karburator, kusyen, cermin, menjadi meronim kepada perkataan
kereta.
 Polisemi - satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak.
Contoh: Kata mentah mempunyai set makna yang berikut:
I. Belum masak atau masih muda/putik ( buah-buahan)
II. Tidak masak betul (barang yang dimasak)
III. Tidak atau belum dimasak (barang makanan)
IV. Belum diproses (bahan galian dan sebagainya)
V. Belum matang pemikiran.
4
 Homonim - Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi
sebutan, ejaan, atau kedua-duanya, dan mempunyai makna yang berbeza.
Contoh:
pasang I - jodoh atau kelamin
pasang II - naik atau bertambah (air laut)
pasang III - tembak (meriam)
pasang IV - berhias (badan)
 Homonim terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
I. homofon - kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna.
contoh: massa denan masa
II. homograf - kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza.
Gejala ini timbul kerana huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e-pepet.
Contoh:
semak (belukar) dengan semak (meneliti atau memeriksa semula).
bela-memelihara bela-menuntut bela/balas
pelekat-kain sarung pelekat-gam
 Homonim - mempunyai sebutan dan ejaan yang serupa.
contoh:
daki I - kotoran daki II - panjat
Perubahan Makna
Makna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih sempit.
Berlaku juga pemindahan makna seperti yang berlaku bagi simpulan bahasa dan peribahasa.
Oleh itu makna mengalami peluasan makna, penyempitan makna, atau pemindahan makna.
i. Peluasan makna
Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi makna sesuatu
kata.
Contoh: saudara, anda, kapal
ii. Penyempitan makna
Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, konte ks dan pengetahuan boleh
menyempitkan makna sesuatu kata seh ingga menjadi khusus.
Contoh: madrasah, khalwat, tuan
iii. Pemindahan makna
Pemindahan makna berlaku dalam bahasa kiasan.
Bahasa kiasan dapat dibahagikan kepada peribahasa dan bukan peribahasa.

No comments:

Post a Comment